RSS

Kelas Membuat Coklat

Posted by : Coklat Di Hati at 2:03 PM 2 Comments

Kelas Membuat Coklat - Handmade Chocolate -

BERMINAT DENGAN COKLAT YANGG DI BUAT SENDIRI??

MARI SERTAI KELAS COKLAT YANG KAMI ADAKAN.. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI
KINI KAMI BERADA DI TEMPAT ANDA, BATU PAHAT.
KAMI JUGA MENGADAKAN KELAS COKLAT DI KAWASAN RENGIT DAN SENGGARANG.

LOKASI :  BATU PAHAT JOHOR

YURAN ~ RM180.00 seorang



JADUAL KELAS : Sabtu atau Ahad
(anda boleh memilih hari yang sesuai dengan anda) 
 Masa : 9/10pg  ~ 5ptg @ hingga selesai

Cuti Umum : Akan diadakan atas permintaan
Masa : Sama seperti diatas

Cuti Sekolah : Kelas akan diadakan atas permintaan
Masa : Sama seperti diatas


Sila hubungi kami untuk booking tarikh dan masa kelas.




Jika berminat sila hubungi @ sms 013-7907022


                                                         ~ COKLAT DIHATI ~
                                        Sekali Rasa Jatuh Hati, Gigit Sekali Nak lagi.....

                                ~~~~~~~~~~~~~~~~ @@ ~~~~~~~~~~~~~~~~


PERKARA YANG AKAN DIAJAR SEMASA KELAS: 
~ Penerangan secara ringkas tentang jenis-jenis coklat.
~ Membuat inti/filing utk coklat praline. (pilihan samada strawberry/mint/orange)
~ Mempelajari cara mencairkan coklat Compound dengan teknik ' European Style' serta membuat coklat-coklat berikut:


* Coklat Praline + pelbagai filing

* Membuat Caramel Filing

* Coklat Oreo

* Coklat Oreo edible image
* Coklat Lolichoc - loly biasa dan loli edible
* Coklat Bar - siap packing

* Coklat Alphabet nama anda

* Coklat Love Box (saiz s)

~ Mewarna coklat putih.
~Mewarna Acuan/Mold Coklat
* beberapa tips mewarna mold dgn cantik dan kemas akan  diajar.


LAIN-LAIN :
* Anda akan diberi nota/maklumat mengenai :

- Cara-cara membuat coklat serta filing- Cara Packaging coklat dan penjagaan mold .
- Bonus resepi membuat coklat.

**Semua coklat dan filing (inti) yg telah dibuat akan dibawa pulang. Anda tidak perlu membawa apa-apa, kerana semuanya kami sediakan.Tentu anda akan teruja melihat hasil kerja anda yang cantik dan comel-comel yang semestinya enak rasanya.




SMS @ hubungi kami di talian : 013-7907022
Email                                          : dee.areeda@gmail.com

               (Alamat lengkap akan diberi pada peserta)


..... Coklat-coklat yang dihasilkan oleh peserta kelas ... Semua ini anda buat sendiri ...


Cupcakes for Birthday

Posted by : Coklat Di Hati at 6:05 PM 0 Comments

Birthday Cupcakes for 5 years old cute girl. Request in purple + pink ... :) " Happy Birthday Ain "

25 pcs buttercream cupcakes - chocolate moist

Pink & Purple buttercream cupcakes

Birthday cupcake for 5 years girl

Untuk Seseorang

Posted by : Coklat Di Hati at 9:48 PM 0 Comments

Set coklat ni tertulis ' Love You' 'Miss You' 'Text Me' 'Bite Me' . Nak order satu jer pun boleh. Coklat ni besar sedikit dari coklat oreo biasa tu. Tp yang nie pun boleh letak oreo juga di dalamnya.. Tapi set yang ni dia order tak mahu letak oreo, so saya buat hazelnut paste untuk dia. Dia nak satu-satu dalam bekas, untuk seseorang istimewa katanya. :)


Pink & Blue warna yang sepadan ... :)

6 pcs Cupcakes

Posted by : Coklat Di Hati at 9:43 PM 0 Comments

6pcs cupcakes for birthday set. Hehe birthday budak perempuan, so pink ler yang di pinta.




 Pasni masukkan dalam box putih yang ada window tu .. :)

Mini Cheese Cake

Posted by : Coklat Di Hati at 9:38 PM 0 Comments

Katanya nak makan cheesecake besar-besar macam tak larat. So nak yang kecil jer. Akhirnya buatkan lah juga cheesecake mini ni. dah macam mini cheese tart la pulak jadinya sebab dia tak nak letak topping. Buatkan lah sebanyak 10 biji, yang 4 nie sebenarnya baki. Tak sempat nak snap picture.



Dah macam mini cheese tart kan ...

Chocolate Moist Cake

Posted by : Coklat Di Hati at 9:22 PM 0 Comments

Chocolate Moist Cake for birthday. Susah betul nak cari buah strawberry, hingga kan laici di sangka strawberry. Pergi semua tempat hanya strawberry, sampai ada dua kali pergi ke kedai buah yang sama, si pekedai tu siap cakap, "akak... tadi kan akak sudah tanya sini tu buah strawberry" hahaha ..



Akhirnya dapat juga buah strawberry... besar-besar pulak tu buahnya ...

Kek Lapis Indonesia

Posted by : Coklat Di Hati at 3:25 PM 0 Comments

Indonesian Layered Spice Cake -




New York Cheesecake

Posted by : Coklat Di Hati at 5:42 PM 0 Comments

 There are two popular cheesecakes in America today. One of them are New York Cheesecakes. New York Cheesecake are creamy,  rich,  smooth and absolutely delicious.... 


Rasanya yang sedikit masam dengan gabungan yougart dan lemon juice sesuai pada yang gemar cheesecake begini...


Sesuai dimakan begini sahaja .....



Happy Birthday Sayang

Posted by : Coklat Di Hati at 3:39 PM 0 Comments

16pcs moist chocolate cupcake with ganache .... finishing buttercream ...
Tempahan ni melalui seorang kawan. Dia mahukan bunga-bunga wrna pink... untuk diberi pada teman istimewanya sempena hari lahir ... :) . TQ ..

 Dalam special box ..
16pcs moist chocolate cupcake with ganache - buttercream



HAppy Birthday Sayang ....
  Moga sayang selama-lamanya ... :)
Tumpang happy sebenarnya ..
Penuh dengan bungaaaaaaaaaaaa

Door Gift cute Box

Posted by : Coklat Di Hati at 2:56 PM 0 Comments

Box ni ada 'clear window' boleh nampak isi dalam serta bertangkai, senang untuk di bawa.. Corak pun menarik ' english style' .. Sebenarnya boleh isi macam-macam dalam cute box ni, yang nie dia mahukan 1pc praline chocolate dengan 1pcs kek cawan coklat  (papercup saiz 9). Dia minta 60set , tapi saya tak tanya pula untuk majlis apa ... :) . Apa-apa pun terima kasih.







 1pcs praline chocolate
  1pc chocolate cupcake

60sets door gift

menarikk kan !!




Pilihan untuk di isi dalam cute box nie :
telur pindang, 2biji coklat praline, coklat oreo, kerepek@muruku, buttercream cupcakes.

Tastier Even Better

Posted by : Coklat Di Hati at 9:40 AM 0 Comments

 Nie tempahan dari kawan. Sebenarnya dia dah merasa yang serupa ini tapi saya buat bentuk 'ball' dalam paper cup... Kata dia, rasanya ermmmm .. :). Dia minta saya buatkan untuk diberi pada rakan baiknya. yang ini saya hanya potong-potong dan masukkan dalam papercup.

Bubble rice & nuts disaluti coklat dijadikan cenderahati untuk teman karib...16pcs dalam clear tray ...

 Disebabkan stok saya banyk reben biru ni... ikat reben biru laa lagi

peminat biru laaa
 Walaupun rupaku buruk, tetapi sekali digigit akan gigit, gigit, gigit lagi .. hahaha

Clear tray ada gold line lagi tepi dia. Kalau tak ada reben pun dah ok mcm nie...

Cupcakes

Posted by : Coklat Di Hati at 5:16 PM 0 Comments

Buttercream cupcakes, Pipping Jelly & Fondant cupcakes


Buttercream cupcakes - rose bud

Pipping jelly cupcakes

Buttercream cupcakes

Buttercream cupcakes - clown

Fondant cupcakes

Birthday Cupcakes

Posted by : Coklat Di Hati at 2:57 PM 0 Comments

Anak saudara kak ella yang order cupcakes ni sempena hari lahir dia. Dia hendakkan warna purple & cream, tapi maaf saya tak dapat cari tone cream :) , dpt warna ni pulak... Dia mahukan bunga-bunga dan huruf 12.03.11 sempena tarikh lahir dia.. Saya hanya buat bunga rozzet sahaja.. 

16pcs buttercream cupcakes
dalam box ni tak bimbang cupcakes tu tergolek

12.03.11 tarikah lahir dia

buttercream bunga rozzet secomel yang boleh

Loly Edible Image

Posted by : Coklat Di Hati at 2:47 PM 0 Comments

Tempahan dari kak ella , loly oreo edible image 30 pcs .. dengan cheese tart 50pcs kiwi  & 50pcs strawberry. thanks kak ella...
30pcs loly oreo edible image.. habis ke makan nie ? :)


sebenarnya anak kak ella nakkan image minnie mouse, tapi kehabisan stok saya gantikan dengan dengan hello kitty, winnie the pooh & barbie. Sorry sebab tak inform gantikan image lain. :)

50pcs kiwi cheese tart & 50pcs strawberry cheese tart. terima kasih kak ella sebab kata sedap :)