RSS

Kertas Nama Terbaru

Posted by : Coklat Di Hati at 10:37 AM 0 Comments

Bila si kecil mula menulis.... di aplikasi kan di sini pula.. Pada mula saya tak sedar x perasan pun dia letak tanda nama tu.. 2 3 kali buka chiller baru ternampak.. senyum dan tergelak saya di buatnya... di keluarkan tanda nama asal tu dan di ganti dengan yang dia tulis sendiri... Dia pesan, mak jangan buang tau, tu saya tulis.. Tak sampai hati pula nak buang, biar jer la... Anak ooo anakkk ..



Cream Puff

Posted by : Coklat Di Hati at 3:16 PM 0 Comments

500 pcs cream puff order dari seorang rakan untuk majlis perkahwinan rakan beliau. Ni sebahagian saja dari cream puff tersebut.



Yang kat bawah ni pula , bila tangan gatal dan agak rajin sikit mula la ... Cream puff dah jadi angsa. Angsa ke? hehehehe. pasangan angsa dari cream puff.. letak kat meja makan pengantin pun ok ni kan.



Choc Moist Cake Blueberry Filling

Posted by : Coklat Di Hati at 12:50 PM 0 Comments

Order dari seorang guru untuk majlis persaraan guru di sekolah beliau. Dari jauh guru ni order, terima kasih cikgu. Request choc moist, filling blueberry n topping pun nak blueberry + fresh fruits.. pastu cream  tak nak banyak2 sebab maklum laa orang dah berumur .. kata beliau.. ( bukan saya yang kata tau!! ) :) . kek ni beliau ambil awal sebab takut tak sempat nanti kalau ambil masa majlis. x mengapa sebab peti sejuk kat sekolah besar leh simpan.. hehehehe

Yang ni pula order dari Kak As. akak ni dah beberapa kali order kek dgn Coklat Di Hati. Bila dia sampai sy dah kata Kak As jgn nak warna yg bukan2 tau, hahaha dia dah ketawa dulu.. nah kali ni dia minta warna hijau & purple x nak ada warna lain dan tak nak bunga2.. Adoii fikir2 apa la nak buat nie, ni lah yg terhasil gabungan warna hijau n purple. Sponge coklat kek - tema green and purple. anggur jer utk birthday kak mimie, anak kak as nak bawa balik ke asrama. Tq kak as. Kak as ni pakar urut mengurut, dari urutan moden ke tradisional pun boleh, promote sikit tuk kak as.
 

BIrthday Suami & Isteri

Posted by : Coklat Di Hati at 1:18 PM 0 Comments

Romantik betul pasangan ni, nak order kek sempat manja-manja lagi depan saya ( buat2 x nampak ) . Nak simple jer sebab order pagi nak ambil tengahari. nasib ada kek yang sudah di bakar. On saja laa. Sebiji kek hendak di bawa ke rumah mak dan sebiji lagi rumah mak mentua... Bayar pun seorang satu :)  Ucapan Selamat Hari Lahir Suami & Isteri ... moga sentiasa romantik ..
1/2 kg choc moist with ganache

1kg choc moist buttercream
 

2 Stack Wedding Cake

Posted by : Coklat Di Hati at 1:02 PM 0 Comments

PANDANGAN ATAS

PANDANGAN SISI BELAKANG


 2 stack wedding cake - tema  colour pink and green. Cantik pula gabungan dua warna ni... Choc moist cake. Untuk tempahan SMS - 013-7907022 coklat di hati..
PANDANGAN SISI HADAPAN


 Pengantin ni tergesa-gesa order kek pengantin dia. Majlis 8hb dia order 7hb, x sampai hati pula nak menolak walaupun order yang lain pun belum disiapkan... Tak tidur 1 malam ..... 

12pcs cupcake set - green and pink colour

Cupcake Hantaran

Set cupcakes ni juga order yang sama - set cupcake 12 pcs tema warna hijau pink.

Set Coklat Untuk Hantaran

Posted by : Coklat Di Hati at 2:02 PM 0 Comments

Set 35pcs praline chocolate untuk hantaran . Tema warna merah + putih. Tambahan warna pink. Harga Set ini RM43.00 sahaja. Boleh di pos , tambahan pos laju RM16.00 dalam Semenanjung  . SMS - 0137907022 .
Set coklat untuk hantaran perkahwinan

Set coklat tema merah putih pink



Tempahan dari seorang ibu untuk hantaran perkahwinan anak beliau. Terima kasih ..

2 Tiers Wedding Cake

Posted by : Coklat Di Hati at 1:54 PM 0 Comments

2 set kek pengantin dua tingkat. Pengantin empat. Ibu pengantin yang order kek ini. Pilihan warna oleh ibu pengantin. Pink & Purple. Bila ibu pengantin belek2 album kek pengantin, dia jadi rambang mata, dan tak mau lagi lihat yang lain. Bila nampak satu yang berkenan di hati terus dia kata nak yang mcm ini. Hehehehe... Pengantin anak lelaki rupanya ... patut la si ibu pengantin yang mencari kek pengantin...

Kek Sponge Vanilla 1/2kg & Sponge Coklat 1 ½kg

Untuk makluman , kaki kek bertingkat ini diberi pinjam kepada yang membeli kek dari Coklat DiHati, pastu kena pulang yer... Dan kalau hanya ingin menggunakan kaki kek bertingkat tanpa membeli kek kena sewa yer..

Sponge cake Pink & Purple
 

Kek Hari Lahir Ben10

Posted by : Coklat Di Hati at 2:26 PM 0 Comments

                               Kek Coklat Moist buttercream,  edible Ben10. 1 kg. Ben10 tentunya hijau ...

2kg Choc moist cake + buttercream.


Birthday cake ini si ayah yang datang order. Nak kek coklat tau kak pastu nak warna kuning. Bunga2, akak buat lah macammana.

Kek Pengantin

Posted by : Coklat Di Hati at 2:15 PM 0 Comments

Kek Pengantin 3 tingkat bersama Cupcakes. Tema warna biru & pink. Bulan ini ramai betul pengantin tema biru & pink. Musim warna ini agaknya.Choc moist cake + buttercream

3 tiers wedding cake + cupcakes - sebenarnya ada lagi cupcakes yang di letak ditepi2 meja

3 tiers weddingcake+cupcakes - blue pink.



Yang ini pula kek fondant untuk hantaran . tema merah putih. customer minta buatkan sekali bekas untuk kek yang bulat. saya biasa buat bekas transparent ni yang 4segi, janggal pulak bila guna bekas transparent ni yang bulat sebab nampk besar sangat.. 

Fondant Choc Moist Cake

 Terima Kasih cikgu .... Nanti bila pengantin jangan lupa kek Pengantin pula yer .. :)