RSS

Apam Bunga

Posted by : Coklat Di Hati at 11:36 AM 0 Comments

Macam-macam nama apam ni.. apam mekar, apam bunga, apam pecah ... dan mungkin ada lagi nama yang lain.
Lupa pula apam nie sapa yang minta. Layan saje la gambar ni...



Yang nie medium saiz

Cupcake Ulangtahun Perkahwinan

Posted by : Coklat Di Hati at 12:34 AM 0 Comments

Cupcake ni saja buat untuk diberi pada Kak Ha yang selalu order dari "Coklat DiHati" sempena ulangtahun perkahwinan dia. Lagipun dia kata anak-anak dia suka makan buttercream tu... Simple jer cupcakes nie.. Ingat kan nak beri jer , tapi masa nak balik tu Kak Ha siap berikan sepasang kasut yang katanya dia tak muat.. hehehe dapat kasut baru percuma pulak.... terima kasihhh ... 

 4pcs coklat cupcakes/buttercream ( Clear Case )

12pcs Chocolate cupcakes/buttercream : Saiz L
 ( Ni dalam clear tray jer )

Tanda Kasih

Posted by : Coklat Di Hati at 11:56 PM 0 Comments



Inilah tanda kasih kepada seseorang. "Suka awak macam saya suka coklat" , sebenarnya ni lh tema yang diminta Yus untuk diberi pada teman istimewa dia. Warna warni, mcm kasih dorang yang colorfull.. haha memandai jer.

Kek Lagi

Posted by : Coklat Di Hati at 12:11 PM 0 Comments

 MOist Chocolate cake - dengan steam buttercream .atasnya ganache dan dibawah tu coklat ball 'Nips"
. Saya lebih suka guna steam buttercream sebab cream ni tak muak bila dimakan yg penting steam buttercream sedap...





 Kek tak siap lagi ....

Coklat Hantaran

Posted by : Coklat Di Hati at 11:48 AM 0 Comments

Theme : Apple Green And White
35pcs praline chocolate

Order dari kawan untuk buat hantaran perkahwinan adik dia Nisa ... moga happy dengan hasil tangan saya .. Box ni tanpa reben sebab dia nak ltk reben sendiri sama dengan warna reben hantaran yang lain. Kawan tu kata masa dia bawa balik, semua family kata cantikkknyaaa tapi mereka tak dapat rasa yang tu sebab kalau amik sebiji rasa dah cacat pula gift tuh.. hehe.. esoknye saya beri dia sedikit coklat praline tuh dia orang rasa...takut nanti telan air liur jer tengok ..

 Dah masuk dalam box yang ada window
                                               



                                                   hehehe comeii kan?


terima kasih Nisa sebab dia berpuas hati.

Harga set ini ialah RM40.00 only ..

Coklat Untuk Tersayang

Posted by : Coklat Di Hati at 11:48 PM 0 Comments

Chocolate Gift Set 
9pcs praline chocolate


Order dari En M .. untuk seorang sahabat.

Sebenarnya kalau nak letak wording pun boleh, tapi dia tak nak tulis apa-apa.
Tambah wording free jer... :)

Cupcake Hantaran

Posted by : Coklat Di Hati at 5:28 PM 0 Comments

25pcs chocolate cupcakes M size semi fondant
Married Shima & Adam : majlis perkahwinan mereka bertemakan purple dan white
Dalam 'window box' tanpa reben

Kek Pertunangan - Semi Fondant

Posted by : Coklat Di Hati at 11:18 AM 0 Comments

Pertunangan Rafie dan Syikin. Sebab kek ni nak bawa jauh perjalanan, so kami cadangkan semi Fondant. Icing cover tu Steam buttercream dan dihiasi dengan bunga fondant. Theme pilihan Rafie ialah purple dan putih. Kek kat dalam tu ialah kek buah-buahan.. memang sesuai untuk jenis fondant. Ini lah hasilnya ....




Kek : Kek buah-buahan
Berat : 2.5kg
Harga : RM65.00

Coklat Hari Jadi

Posted by : Coklat Di Hati at 11:51 AM 0 Comments

Coklat : 35pcs praline coklat Gift Set
Ni order dari Jem , kira orang kanan saya laa.. coklat gift ni untuk boss dia sempena hari jadi beliau. Kata Jem masa beri boss tu dia tak tulis apa-apa kat kotak tersebut, esoknya dan hingga ke hari ini boss ingat coklat tu staff kat opis yang beri... hehehe sian Jem.. tu la bagi boss sembunyi² ..


Gift Set
35 pcs praline chocolate
Price : RM40.00 only

Gift Set - Coklat & Putih

Posted by : Coklat Di Hati at 8:48 PM 0 Comments

Gift Set in clear container - Theme Brown & White


 In this set : Container Love Shape
2pcs big love
8pcs standard praline



 In this set : Clear Container Oval Shape


4pcs standard praline



In this set - Clear container oval shape


2pcs big love
2pcs standard praline





Ini adalah tempahan dari kawan saya untuk kawan-kawan office dia. TQ .

Cupcakes

Posted by : Coklat Di Hati at 11:42 AM 0 Comments

Cupcake ni order by Ain untuk pertunangan dia. Dia nak warna biru n kuning , dengan rose comel-comel. Semua buttercream dengan cupcakes coklat.. selain tu dia order cupcakes dgn rose comel tu juga untuk di beri pada tetamu .. TQ Ain.. moga pertunangan akan berkekalan hingga ke hari bahagia ..


        Ini dah siap masuk dalam kotak yg ada window tu.. tapi tanpa ribbon sebab Ain nak letak ribbon sendiri ..
                            
Yang nie dia nak beri pada tetamu yang datang .. Cupcakes saiz 'S'

Ini ler Ain nye cupcakes 25pcs : chocolate cupcakes with roses buttercream

Kek Lapis Cadbury

Posted by : Coklat Di Hati at 6:53 PM 0 Comments

Kek Lapis Cadbury berperisa Blueberry






Apam Apam Apam

Posted by : Coklat Di Hati at 11:23 AM 0 Comments

Apam Si cantik manis berintikan lemon.. tempahan dari jiran untuk di bawa balik ke kampung ..



Apam si cantik manis inti lemon
Saiz : Mini
Harga : RM14.00/50pcs


Hijau kuning .. mcm pasukan bola sepak jer

Loli Loly LoliChoc

Posted by : Coklat Di Hati at 4:52 PM 0 Comments

Lolichoc : Aneka bentuk dan Warna
Order     :  30 pcs ( order ni campur-campur dari ramai orang kat satu tempat kerja )
Loly Price  : RM1.00 to RM1.50 each




Oreo Gift Set

Posted by : Coklat Di Hati at 11:55 AM 0 Comments

Oreo Choc - oreo choc ni sebenarnya dalam tu ada biskut oreo (single@double oreo). Sesuai untuk dibuat hadiah dengan bentuk love dan bunga tu.... Ni 12 pcs oreo order dari Faiz untuk guru-guru kat sekolah dia. Faiz ni murid tahun 6, so sebelum dia menamatkan alam persekolahan dia , dia beri cenderahati coklat ni utk guru-guru kelas dia.. Ingat juga Faiz kat guru-guru dia...mcm ni lah murid contoh .. hehehe ingat jasa guru... Moga Faiz berjaya dalam hidup dan melangkah ke sekolah menengah ..



Yang dua tengah special sikit tu ada huruf F dgn S tu faiz nak beri pengetua & penolong kanan katanya. So saya lainkan reben tu ..

Harga Oreo Choc: RM1.80 each
Harga Oreo Choc/Word : RM2.00

Tapi untuk Faiz saya beri dia harga RM1.50 each. hehehe.. yang lain jgn jeles tau