RSS

Choc Moist Muffin

Posted by : Coklat Di Hati at 8:42 AM 0 Comments

Dapatkan choc moist muffin untuk dijadikan cenderahati atau apa jua, untuk majlis harijadi , pengantin dan apa-apa majlis pun boleh laaa ... yg penting untuk di makan... Packing biasa , harga pun budget ... puas makan.

Choc Moist muffin 'montok' - harga rm0.60 sebiji , 1000 biji rm0.50 sahaja. * tiada minimum order




Foil-wrapped Chocolate

Posted by : Coklat Di Hati at 4:55 PM 0 Comments

LOVE

SQUARE


DIAMOND

ROUND  

Foil-wrapped Chocolate.
Coklat Praline dibalut dengan aluminium foil  gold/silver. Coklat Praline berintikan caramel pilihan strawberry/blueberry/orange/mint.

Boleh di jadikan cenderahati/goodies untuk tetamu di majlis-majlis tertentu. Macam nie...

5biji coklat dalam setiap bekas.




Kek Hantaran Fondant

Posted by : Coklat Di Hati at 3:02 PM 0 Comments



Kek Coklat Moist (Fondant) - tema biru dan kuning. Katanya kek perlu di bawa jalan jauh, so coklat di hati syorkan agar membuat kek fondant. Terima kasih.

Snowy Cheese Cake

Posted by : Coklat Di Hati at 2:52 PM 0 Comments

RM12.00

RM35.00

RM12.00 ringgit sahaja.

Slice snowy cheesecake

SEt Coklat Untuk Hantaran

Posted by : Coklat Di Hati at 3:08 PM 0 Comments

Set coklat untuk hantaran. Warna tema adalah pilihan. Harga untuk 1 set ini cuma RM43.00. Untuk makluman set coklat ini boleh di pos.

Pilihan warna

married Putri & Firdaus

Bunga Pahar - Coklat Telur

Posted by : Coklat Di Hati at 5:35 PM 1 Comments

Coklat Telur atau Telur Coklat atau Coklat berbentuk Telur.... hhehehe apa-apa pun boleh la yer... 
Coklat - inti bertih beras rangup dan enak

Sebiji RM2.50/50biji

Saya cuma buat coklat telur tu sahaja yer.
Bunga pahar - gantikan telur ayam/telur asin yang selalu di bunga pahar dengan coklat berbentuk telur.. Tentu ada kelainan di pelamin pengantin dengan hiasan bunga pahar coklat telur...

Gubahan Coklat Dalam Bakul

Posted by : Coklat Di Hati at 5:49 PM 0 Comments

Satu set dengan tema warna pink dan satu set tema warna oren. Yang gubahan warna pink dr lelaki dan warna oren dari perempaun. Kalau tak silap saya la.. hehehe







Gubahan coklat dalam bakul untuk hantaran. Bukan hanya untuk hantaran tetapi juga boleh dijadikan cenderahati kepada sesiapa jua. SMS  013-7907022 untuk sebarang pertanyaan.

HOT SALES COOKIES - 2013

Posted by : Coklat Di Hati at 5:57 PM 0 Comments

~ BANGKIT CHEESE ~
         Bangkit Cheese - rasa cheese di dalam dan cheese di luar. Cair di dalam mulut .
                                                        ~Melt in your mouth cookies ~

~ RED VELVET COOKIES ~


                                                          ~ Crispy Crunchy Cookies ~
     Biskut yang rangup di penuhi badam, gajus dan chip coklat. Di adun dengan tepung kek.

Kertas Nama Terbaru

Posted by : Coklat Di Hati at 10:37 AM 0 Comments

Bila si kecil mula menulis.... di aplikasi kan di sini pula.. Pada mula saya tak sedar x perasan pun dia letak tanda nama tu.. 2 3 kali buka chiller baru ternampak.. senyum dan tergelak saya di buatnya... di keluarkan tanda nama asal tu dan di ganti dengan yang dia tulis sendiri... Dia pesan, mak jangan buang tau, tu saya tulis.. Tak sampai hati pula nak buang, biar jer la... Anak ooo anakkk ..



Cream Puff

Posted by : Coklat Di Hati at 3:16 PM 0 Comments

500 pcs cream puff order dari seorang rakan untuk majlis perkahwinan rakan beliau. Ni sebahagian saja dari cream puff tersebut.



Yang kat bawah ni pula , bila tangan gatal dan agak rajin sikit mula la ... Cream puff dah jadi angsa. Angsa ke? hehehehe. pasangan angsa dari cream puff.. letak kat meja makan pengantin pun ok ni kan.



Choc Moist Cake Blueberry Filling

Posted by : Coklat Di Hati at 12:50 PM 0 Comments

Order dari seorang guru untuk majlis persaraan guru di sekolah beliau. Dari jauh guru ni order, terima kasih cikgu. Request choc moist, filling blueberry n topping pun nak blueberry + fresh fruits.. pastu cream  tak nak banyak2 sebab maklum laa orang dah berumur .. kata beliau.. ( bukan saya yang kata tau!! ) :) . kek ni beliau ambil awal sebab takut tak sempat nanti kalau ambil masa majlis. x mengapa sebab peti sejuk kat sekolah besar leh simpan.. hehehehe

Yang ni pula order dari Kak As. akak ni dah beberapa kali order kek dgn Coklat Di Hati. Bila dia sampai sy dah kata Kak As jgn nak warna yg bukan2 tau, hahaha dia dah ketawa dulu.. nah kali ni dia minta warna hijau & purple x nak ada warna lain dan tak nak bunga2.. Adoii fikir2 apa la nak buat nie, ni lah yg terhasil gabungan warna hijau n purple. Sponge coklat kek - tema green and purple. anggur jer utk birthday kak mimie, anak kak as nak bawa balik ke asrama. Tq kak as. Kak as ni pakar urut mengurut, dari urutan moden ke tradisional pun boleh, promote sikit tuk kak as.
 

BIrthday Suami & Isteri

Posted by : Coklat Di Hati at 1:18 PM 0 Comments

Romantik betul pasangan ni, nak order kek sempat manja-manja lagi depan saya ( buat2 x nampak ) . Nak simple jer sebab order pagi nak ambil tengahari. nasib ada kek yang sudah di bakar. On saja laa. Sebiji kek hendak di bawa ke rumah mak dan sebiji lagi rumah mak mentua... Bayar pun seorang satu :)  Ucapan Selamat Hari Lahir Suami & Isteri ... moga sentiasa romantik ..
1/2 kg choc moist with ganache

1kg choc moist buttercream
 

2 Stack Wedding Cake

Posted by : Coklat Di Hati at 1:02 PM 0 Comments

PANDANGAN ATAS

PANDANGAN SISI BELAKANG


 2 stack wedding cake - tema  colour pink and green. Cantik pula gabungan dua warna ni... Choc moist cake. Untuk tempahan SMS - 013-7907022 coklat di hati..
PANDANGAN SISI HADAPAN


 Pengantin ni tergesa-gesa order kek pengantin dia. Majlis 8hb dia order 7hb, x sampai hati pula nak menolak walaupun order yang lain pun belum disiapkan... Tak tidur 1 malam ..... 

12pcs cupcake set - green and pink colour

Cupcake Hantaran

Set cupcakes ni juga order yang sama - set cupcake 12 pcs tema warna hijau pink.

Set Coklat Untuk Hantaran

Posted by : Coklat Di Hati at 2:02 PM 0 Comments

Set 35pcs praline chocolate untuk hantaran . Tema warna merah + putih. Tambahan warna pink. Harga Set ini RM43.00 sahaja. Boleh di pos , tambahan pos laju RM16.00 dalam Semenanjung  . SMS - 0137907022 .
Set coklat untuk hantaran perkahwinan

Set coklat tema merah putih pink



Tempahan dari seorang ibu untuk hantaran perkahwinan anak beliau. Terima kasih ..

2 Tiers Wedding Cake

Posted by : Coklat Di Hati at 1:54 PM 0 Comments

2 set kek pengantin dua tingkat. Pengantin empat. Ibu pengantin yang order kek ini. Pilihan warna oleh ibu pengantin. Pink & Purple. Bila ibu pengantin belek2 album kek pengantin, dia jadi rambang mata, dan tak mau lagi lihat yang lain. Bila nampak satu yang berkenan di hati terus dia kata nak yang mcm ini. Hehehehe... Pengantin anak lelaki rupanya ... patut la si ibu pengantin yang mencari kek pengantin...

Kek Sponge Vanilla 1/2kg & Sponge Coklat 1 ½kg

Untuk makluman , kaki kek bertingkat ini diberi pinjam kepada yang membeli kek dari Coklat DiHati, pastu kena pulang yer... Dan kalau hanya ingin menggunakan kaki kek bertingkat tanpa membeli kek kena sewa yer..

Sponge cake Pink & Purple